Bagaimana Trading Online di Malaysia Boleh Mengubah Hidup Anda
Pendapatan kedua selalunya akan dapat membantu banyak keluarga menjalani kualiti hidup yang lebih stabil dan memuaskan. Terdapat beberapa cara termasuklah bertrading dalam forex atau fixed time trade. Walaupun bunyinya agak kompleks tetapi sebenarnya ia berpotensi untuk mengubah kehidupan kita jika dilakukan dengan betul.
Trader yang berjaya memperoleh pendapatan yang mencukupi melalui trading biasanya berani untuk berhenti kerja harian mereka. Tidak semua orang mempunyai keberanian sedemikian. Selalunya orang akan gementar untuk mengambil langkah daring seperti itu terutamanya apabila ianya melibatkan trading online di Malaysia.
Artikel ini akan mengupas beberapa manfaat yang bisa diperolehi dari bertrading secara online ini. Mungkin anda akan berasa lega setelah mengetahui segala selok belok dunia trading. Segala kebimbangan yang menghalang anda daripada beralih dari pekerjaan 9–5 anda kepada trader yang berjaya mungkin akan terhapus sedikit sebanyak.
Permulaan
Kebanyakan orang memulakan tahun baharu dengan penuh keyakinan, azam dan fokus untuk memperbaiki kehidupan mereka. Jadi jika anda serius untuk meningkatkan kualiti hidup anda tahun ini, teruskan membaca lebih lanjut. Kami akan menerangkan bagaimana perdagangan dalam talian bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada kewangan anda, tetapi juga membantu anda mengembangkan kemahiran lain yang berguna serta memperkasakannya.
Bagaimana cara untuk trading online di Malaysia?
Pertama, anda mesti mendaftar dengan mana-mana broker. Apabila memilih broker untuk melakukan trade anda, anda haruslah mencari broker yang boleh anda percayai. Sebagai contoh, Olymp Trade. Ia adalah sebuah broker yang menjadi ahli Suruhanjaya Kewangan yang telah banyak memenangi anugerah. Mereka telah beroperasi sejak tahun 2014 lagi.
Di platform broker ini, setelah anda selesai membuat pendaftaran, akaun dagangan dan akaun demo dengan $10,000 wang virtual akan dibuka secara automatik. Deposit minimum untuk memulakan trade sebenar pula ialah sebanyak $10 / €10 sahaja dengan jumlah dagangan minimum ialah $1 / €1.Dengan jumlah serendah itu, anda sudah boleh membuka trade pertama anda.
Selepas akaun anda telah siap didaftar , kami sarankan untuk anda mengambil sedikit masa untuk memahami keadaan pasaran. FTT ialah satu jenis dagangan yang memerlukan trader membuat ramalan sama ada harga aset akan naik atau turun selepas satu tempoh masa. Forex pula ialah amalan berdagang pasangan mata wang untuk sama ada mendapat keuntungan daripada kenaikan atau penurunan harga.
Untuk memahaminya konsep-konsep trading tersebut, anda digalakkan untuk memulakannya di bahagian pendidikan Olymp Trade. Olymp Trade mempunyai suite pendidikan yang lengkap untuk membantu pelabur baharu menyesuaikan diri dengan pasaran, alatan dan strategi yang boleh membantu menjadikan trade lebih berjaya.
Dengan 72 aset (pasangan mata wang, saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto) untuk berdagang, memahami selok belok pasaran dan cara terbaik untuk beroperasi di dalamnya adalah sangat penting.
Bagaimana cara membuka trade ?
Mari kita lihat pada dagangan FTT kerana ia lebih mudah berbanding dengan dagangan Forex. Pertama sekali, pilih aset kemudian tentukan jumlah yang perlu dilaburkan dan tetapkan masa yang anda jangkakan ramalan tersebut akan terbukti betul (masa pelaksanaan).
Menggunakan strategi untuk membantu anda meramalkan sama ada harga akan naik atau turun ialah bahagian penting pada mana-mana kit alat seorang jurulatih yang hebat. Apabila sesuatu trade dibuka dengan jayanya, keuntungan trader tersebut boleh menjadi setinggi 92%. Keuntungan mereka bergantung secara langsung pada turun naik pasaran; semakin tinggi turun naik, semakin tinggi keuntungan. Namun, ia juga bergantung pada status akaun anda. Jika status expert, maka akan lebih tinggi peratus keuntungan yang bakal anda perolehi berbanding status beginner.
Platform Olymp Trade mempunyai built-in Assistant untuk menerangkan 20+ penunjuk sebagai sebahagian daripada suite pendidikannya. Penuh dengan penerangan tentang keseluruhan platform dan alatnya, site asistant tersebut dapat menjawab hampir kesemua soalan yang mungkin ditanya oleh trader.
Pada platform Olymp Trade, masa pelaksanaan berjulat dari satu minit hingga 3 jam. Trader lah yang akan memutuskan sama ada harga aset akan naik atau turun dalam jangka masa tertentu. Mereka hanya perlu menekan sama ada butang Atas atau butang Turun jika mereka fikir harga akan turun. Apabila telah sampai waktu yang dijangkakan , trader akan mengetahui sama ada ramalan itu menjadi kenyataan atau tidak. Jika betul, trader akan mendapat profit bergantung pada peratusan keuntungan asset tersebut.
Apa Itu Asset?
Aset termasuk pasangan mata wang, saham, indeks dan komoditi. Kesemua tersebut adalah asas kepada dagangan FTT. Apabila melakukan trade di FTT, pasangan mata wang, komoditi (emas, minyak), indeks bursa saham utama dan saham boleh didagangkan. Kesemua aset yang ada di Olymp Trade ada diterangkan secara terperinci di laman web mereka.
Apakah turun naik (volatility) pasaran?
Volatility ialah ketidakstabilan harga aset pada exchange dalam tempoh masa tertentu. Ia ialah penunjuk kewangan statistik bagi kebolehubahan harga, bermakna ia mengukur kemungkinan perubahan. Lebih tinggi turun naik, lebih tinggi risiko, dan lebih tinggi peratus keuntungan. Pada masa yang sama, angka turun naik juga membolehkan trader menganggarkan potensi keuntungan mereka.
Cara Membuat Deposit
Di platform Olymp Trade, deposit dibuat dengan cepat dan mudah melalui salah satu daripada 20 kaedah pembayaran. Anda hanya perlu klik butang “Payments” pada platform, pilih “Deposit”, pilih “Deposit Amount” , kemudian pilih kaedah pembayaran. Setelah itu klik Next. Pastikan semua butir-butir yang dipilih adalah seperti yang anda mahu. Jika kesemuanya betul , tekan butang “Confirm” Jumlah deposit minimum ialah USD15. Begitu juga dengan jumlah pengeluaran minimum iaitu USD15.
Faedah Positif Berdagang Dengan Olymp Trade
Di sini kami akan highlightkan beberapa cara bagaimana trading online di Olymp Trade Malaysia ini boleh memberi impak positif kepada kehidupan anda jika digunakan dengan ilmu pengetahuan.
Berikut ialah senarai pendek beberapa faedah utama yang boleh diberikan oleh platform Olymp Trade jika anda memilih untuk memanfaatkannya. Ini hanyalah sebahagian daripada senarai panjang positif broker ini. Untuk tidak membuang masa , kita pergi ke point yang pertama.
1. Kebebasan Kewangan
Seorang yang bijak pernah berkata bahawa selagi anda sihat, setiap hari dalam hidup anda, anda akan memikirkan tentang wang — berapa banyak yang anda ada, adakah ianya mencukupi dan bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak wang. Mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan positif dalam hidup selalunya berdasarkan keupayaan kewangan anda dalam mengambil keputusan tersebut.
Online trading ialah salah satu cara terbaik untuk mengubah kestabilan kewangan anda. Terutamanya dengan semua pilihan yang ada dan dengan banyak broker dalam talian yang membantu mengurangkan risiko trading online di Malaysia. Satu contoh nyata ialah Olymp Trade di mana anda boleh mendaftar akaun secara percuma dan bermula dengan serendah $10 USD.
Olymp Trade dan broker lain yang sama bagusnya biasanya akan menyediakan Akaun Demo percuma kepada pelanggan mereka. Anda boleh gunakan akaun tersebut untuk berlatih berdagang sebelum mempertaruhkan wang anda sendiri.
Tidak dapat dinafikan setiap perdagangan mempunyai risikonya yang tersendiri. Tetapi terdapat beberapa cara yang sah untuk mengumpul kekayaan dengan potensi yang sama dengan keuntungan jangka pendek. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan, anda perlu mendapatkan sedikit pengetahuan. Jadi ia membawa kita kepada manfaat #2.
2. Pendidikan Kewangan
Mengikuti rapat poin #1, perdagangan dalam talian ialah mekanisme yang hebat untuk menambah ilmu pengetahuan anda dalam pendidikan kewangan. Salah satu faedah tidak langsung online trading ini ialah ia memaksa trader untuk belajar dan memahami maklumat kewangan dan ekonomi.
Lebih banyak anda mengetahui tentang ekonomi dunia di sekeliling anda, lebih bersedia anda dalam menyediakan diri dan keluarga anda untuk mengambil kesempatan daripada perubahan dan perkembangan dalam pasaran global.
Adakah anda patut melabur dalam hartanah sekarang, membeli kenderaan import atau domestik, meletakkan simpanan anda dalam saham atau bank? Kesemua jawapan kepada soalan ini memerlukan ilmu pengetahuan sebelum anda mengambil sebarang keputusan. Jadi, mempelajari tentang angka KDNK, kadar pertukaran mata wang asing, pelarasan kadar faedah bank pusat dan banyak lagi pastinya akan memberi anda kelebihan dalam membuat keputusan anda.
Mempelajari tentang pasaran dan perkara yang mempengaruhinya bukan sahaja akan menjadikan anda seorang trader yang lebih baik, tetapi juga akan membantu anda membuat keputusan kewangan yang baik di luar dunia dagangan dalam talian.
Jadi nasihat kami, apabila memilih broker online, pastikan mereka menyediakan sumber latihan dan pendidikan supaya anda boleh membiasakan diri jika anda baru berdagang. Maklumat yang anda dapat juga perlu terkini. Di samping itu, jika anda sudah mempunyai pengalaman trading , bahan pendidikan juga dapat membantu anda mengasah semula kemahiran yang ada.
Tiada yang lebih memuaskan daripada membuat keputusan kewangan yang termaklum berdasarkan pengetahuan yang ada. Tambahan pula, maklumat yang diperolehi adalah dari senario sebenar , jadi ia sedikit sebanyak membantu menghilangkan kebimbangan dalam membuat keputusan yang tepat . Pengetahuan adalah kuasa! Lebih banyak pengetahuan yang anda ada, lebih baik hasil yang dapat dicapai untuk menyediakan keadaan kewangan yang lebih stabil untuk diri anda dan keluarga anda.
3. Fleksibiliti dalam Kehidupan
Satu lagi kelebihan trading online di Malaysia yang paling kurang diambil peduli, (terutamanya dari mereka-mereka yang tidak tahu apa itu trading) , ialah fleksibiliti dalam menjalani kehidupan harian. Online trader mempunyai akses kepada pasaran di seluruh dunia pada hampir setiap masa — 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Bagi trader baharu, kelebihan ini bermaksud keupayaan untuk menjana pendapatan tambahan tanpa mengira jadual kerja biasa mereka. Selain itu, anda juga boleh melakukan trade dari rumah anda sendiri dan juga pada telefon anda.
Nasihat Akhir
Seperti yang kami terangkan di atas, terdapat banyak lagi cara trading online di Malaysia ini boleh membantu meningkatkan kualiti hidup anda. Itu hanyalah senarai pendek untuk anda bermula. Anda boleh bertanya kepada seorang trader sepenuh masa. Kami pasti mereka akan memberi anda banyak lagi sebab lain untuk anda melibatkan diri dalam bidanga online trading ini.
Tanya diri anda juga , sama ada anda sudah mempunyai tahap kebebasan kewangan, pengetahun dunia kewangan serta fleksibiliti hidup yang mencukupi. Jika jawapannya “tidak”, maka sudah tiba masanya untuk anda bermula.
Olymp Trade dicipta untuk menjadi platform dagangan yang paling mudah digunakan. Interfacenya ringkas dan kemas.Tteknologinya juga sering diperkemas untuk membolehkan trader dari semua peringkat menguasai perdagangan dengan cepat.
Terdapat banyak platform untuk dipilih, tetapi tiada satu pun yang berdedikasi untuk memastikan pengguna mereka dapat memaksimumkan potensi pendapatan mereka seperti Olymp Trade.